Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Showing posts with label Pengakap Laut. Show all posts
Showing posts with label Pengakap Laut. Show all posts

Thursday, March 30, 2017

KEM PENDIDIKAN MARIN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KEENAM 2017

Dengan segala hormat dan sukacitanya, dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) melalui Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Taman Laut Malaysia akan menganjurkan secara bersama Kem Pendidikan Marin Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Keenam 2017 seperti ketetapan berikut :-

Tarikh
27 hingga 30 April 2017 (Khamis hingga Ahad)

Tempat
Pusat Taman Laut Pulau Tioman, Rompin, Pahang

Yuran penyertaan
Peserta - RM 100.00 (termasuk makanan, kit dan feri)
Pemimpin - RM 60.00 (termasuk makanan, kit dan feri) 

Tempat berkumpul
Jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Pahang 

Masa berkumpul
Jam 1.00 petang (Khamis, 27 April 2017)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

En. Mohd Amirul Asyraf bin Mohd
Pegawai Teknikal Pengakap Laut PPMNS
Tel : 013-8787365