Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Monday, November 14, 2016

PERKHEMAHAN UJIAN PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2016

Makluman Awal

Tarikh : 12 - 15 Dis 2016
Masa Daftar : 10.00 pagi (12 Dis)
Tempat  :  Kem Pengakap Negeri Sembilan
Syarat : Rujuk Blogspot PPMN9  
Bayaran : RM 30
Makan/Minum: Masak sendiri

Mohon Pemimpin-pemimpin berkaitan memaklumkan kepada bakal calon Pra Pentaraf untuk bersiap sedia.  Sila ambil maklum dan baca arahan dengan teliti.  Untuk maklumat lanjut, sila lihat bahagian Siaran atau hubungi

En. Aziruddin bin Abd Aziz
PENGERUSI LATIHAN
Merangkap
Setiausaha Lembaga Pentaraf PPMN9
Tel : +60 12-386 7084

Monday, October 3, 2016

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3 BAHAGIAN 1 DAN 2 PKK DAN PM 2016

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan  dengan kerjasama Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan kursus tersebut   kepada pemimpin-pemimpin / guru-guru pengakap yang telah menghadiri kursus kepimpinan Manikayu –Peringkat 1 sebelum ini.

Kursus tersebut di atas akan dijalankan selama 7 hari 6 malam tetapi dipecahkan mengikut 2 bahagian seperti ketetapan berikut:


PERINGKAT 3 – BAHAGIAN 1 ( PEMIMPIN PKK DAN PM ) – SEKOLAH REN DAN MEN

Tarikh Mula : 7 – 9 Oktober 2016 ( Jumaat- Ahad ) 
Sasaran : Pemimpin PKK dan PM/PR
Masa daftar Peserta : 2.30 – 3.30 petang ( Jumaat )
Masa daftar Pegawai/Jurulatih : 8.00 pagi ( Jumaat )   
Tempat : Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus
              Jalan Kuala Pilah - Seremban,  
              Seremban  Negeri  Sembilan
Bayaran Penyertaan : RM 60.00

PERINGKAT  3 – BAHAGIAN 2 ( PEMIMPIN PM ) – SEKOLAH MENENGAH
Tarikh Mula : 20 – 23 Oktober 2016 ( Khamis – Ahad ) 
Masa daftar Peserta : 2.30 – 3.30 petang ( Khamis )
Masa daftar Pegawai/Jurulatih : 8.00 pagi ( Khamis )   
Tempat : Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus
              Jalan Kuala Pilah – Seremban
             Seremban  Negeri  Sembilan
Bayaran Penyertaan : RM 60.00
PERINGKAT  3 – BAHAGIAN 2 ( PEMIMPIN PKK ) – SEKOLAH RENDAH

Tarikh Mula : 21 – 23 Oktober 2016 ( Jumaat- Ahad ) 
 Masa daftar Peserta : 2.30 – 3.30 petang ( Khamis )
Tempat : Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus
              Jalan Kuala Pilah – Seremban
              Seremban  Negeri  Sembilan
Bayaran Penyertaan : RM 60.00

Penyertaan terbuka kepada semua peserta kursus PKK dan PM (mengikut senarai) serta pemimpin-pemimpin dan guru-guru pengakap yan telah menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu Peingkat 1 pada tahun 2012, 2013 dan 2014. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tuan Shafizan Bin Shahriman
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri ( Setiausaha Latihan )
D/A   Smk King George V, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 012-2043522  Tel Pej : 06 7623598   Fax: 06 7641214 


Wednesday, September 14, 2016

JAMBOREE DI UDARA (JOTA) KE 59 / JAMBORI DI INTERNET (JOTI) KE 20, PENGAKAP DUNIA

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan turut serta menganjurkan JAMBOREE DI UDARA (JOTA) KE 59 / JAMBORI DI INTERNET (JOTI) KE 20, PENGAKAP DUNIA seperti ketetapan di bawah:

Tarikh
14 - 16 Oktober 2016

Tempat
Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus, Seremban

Anggaran Penyertaan
2000 orang

Mohon isikan borang online di sini dan juga borang bertulis di bahagian Siaran.  Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tuan Khairul Nizam B Jamalludin
Penyelaras Program 
merangkap 
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Unit Komunikasi Dan Jota Joti)

Tel : 013-6111047

Sunday, August 28, 2016

MESYUARAT KONTINGEN NEGERI SEMBILAN KE JAMBORI PENGAKAP ASEAN KE 5

Sukacita dimaklumkan, mesyuarat kontingen di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh
1 September 2016

Masa
2.30 petang hingga 5.00 petang

Tempat
Bilik Mesyuarat, SMK King George V, Seremban

Pengerusi
En Hamdan bin Mohd Nor
Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negeri Sembilan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

En. En. Hishamudin bin Abu Talib
Ketua Kontingen Negeri Sembilan
merangkap
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pembangunan Kem & Wisma Pengakap)

Tel : +6013-6107368

Sunday, August 14, 2016

KURSUS PENOLONG JURULATIH KEBANGSAAN (CALT) 2016

Sukacita dimaklumkan, Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan (CALT) 2016 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh :  4 - 10 Sept 2016
Masa daftar : 8.30 pagi - 10.30 pagi  (4 September)
Tempat : MSTVER, Semenyeh
Yuran    : RM 450.00

Syarat-syarat :

1.Berdaftar Keahlian 2016 (salinan kad pendaftaran diperlukan)
2. Berumur 30 ke atas
3. Manikayu 2 butir daripada 2 unit.(Manikayu kedua sekurangkurangnya telah hdir MK 3 (Peringkat 1 & 2 (salinan sijil perlu)
3.Memegang manikayu lebih dari 3-tahun.
4. Ada kumpulan yang dipimpin
5. Sedia membantu Pasukan Latihan Negeri
6. Mendapat kelulusan pencalonan daripada Ketua Pesuruhjaya Negeri

Tarikh tutup : 21 Ogos 2016

Maklumat lanjut, sila berhubung dengan

Tuan Aziruddin bin Abd Aziz
Pen. Ketua Pesuruhjaya Neger - Pengerusi Latihan
Tel : 012-3867084
Email : dinlobon9@yahoo.com

Wednesday, July 27, 2016

JAMBOREE DI UDARA (JOTA) PENGAKAP PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan menganjurkan Jambori On The Air (JOTA) Peringkat Kebangsaan kali ke-5 pada 6 Ogos 2015 (Sabtu).

PPM Negeri Sembilan akan membuka satu stesen JOTA seperti ketetapan berikut:

Tempat : SK Mantin, Mantin (9M4SJN)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Konsep : Rumah terbuka
Bayaran : RM10 (untuk sijil dan lencana)

Kehadiran adalah terhad kepada 200 orang peserta sahaja. Mohon kerjasama semua Pesuruhjaya Daerah untuk menghebahkan kepada semua kumpulan dan memaklumkan kepada ASC Komunikasi, En. Nizam atau ASC ICT, En. Adha Fikris jumlah dan masa kehadiran. Pemimpin kumpulan juga boleh menggunakan borang maklumat di http://bit.ly/2awaiDF.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran, atau hubungi

En. Khairul Nizam bin Jamaludin
Pen, Ketua Pesuruhjaya Negeri - Komunikasi & JOTA
Tel : 013-6111047

En. Adha Fikris bin Mokhtar
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri - ICT/MOP/Bencana
Tel : 019-3425649

Monday, July 18, 2016

UJIAN LENCANA JAYADIRI 2016

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan mengadakan Ujian Lencana Tertinggi seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 26 Julai 2016 (Selasa)
Tempat : Dewan SMK Tuanku Abdul Rahman Gemas
Masa : 8.00 pagi – 2.30 petang

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi:

En. Chan Kau Chai
Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Program)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan
D/A SK Tunku Besar Tampin, 73000 Tampin, NSDK
Tel: 06 4411348 Fax: 06 4411410      HP: 012 6518088