Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Thursday, March 30, 2017

UJIAN LENCANA KEMBARA PENGAKAP REMAJA DAN KELANA 2017


Pasukan Latihan Negeri dan Lembaga Pentaraf Pengakap Raja, PPM Negeri Sembilan akan menganjurkan Ujian Lencana Kembara Pengakap Remaja dan Kelana 2017 seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 7 - 9 April 2017
Tempat : Maktab Rendah Sains MARA, Kuala Klawang
Masa : 2.00 - 2.30 ptg (7 April)
Bayaran : RM30 (yuran kursus sahaja)

Borang, syarat dan arahan boleh didapati di bahagian Siaran.  Maklumat lanjut, sila hubungi

En. Khairul Nizam bin Jamalludin
Pemangku SU Program PPMNS
013-6111047

INTERNATIONAL CAMP - " WONDERLAND AZERBAIJAN 2017"

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Association of Scouts of Azerbaijan telah memanjangkan jemputan untuk menyertai Interational Camp - "Wonderland Azerbaijan 2017" pada 1 hingga 9 Julai 2017 bertempat di Gabala District of the Republic of Azerbaijan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi 

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)

Tel : 018-2789727

Sunday, February 5, 2017

KURSUS PEMANTAPAN KE ARAH PENGAKAP RAJA DAN ANUGERAH BP 2017

 Tarikh :11 Feb 2017
Masa: 8.00pg - 2.00 ptg
Tempat : Kem Pengakap Bukit Putus
bayaran: RM5.00

Adalah merupakan anjuran UNIT PROGRAM DAN LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA  DAN ANUGERAH BP PPMNS

Ekoran dari sebab-sebab yang tak dapat dielakkan,  maka tiada surat rasmi daripada JPNS untuk aktiviti di atas.

Kehadiran Pentaraf, Calon Pra Pengakap Raja dan Calon BP Award adalah atas kerelaan sendiri dan bukannya paksaan.
Segala urusan calon untuk menghadiri kursus serta makan dan minum adalah tanggungjawab calon sendiri.

Untuk pentaraf dan pembantu yang sudi hadir secara sukarela didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga kehadiran tuan/puan akan memajukan PPMN9 di masa hadapan

Mohon respon kehadiran calon sebelum 9 Feb 2017. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

En. Khairul Nizam bin Jamalludin
Pemangku SU Program PPMNS
013-6111047
atau
En. Shafizan bin Shahriman
Setiausaha Latihan PPMNS
012-2043522 (melalui Whatsapp sahaja)

Thursday, January 12, 2017

PERKHEMAHAN LENCANA AHLI UDARA UTAMA

Dengan segala hormat dan sukacitanya Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan (SPuK) dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka akan menganjurkan Perkhemahan Lencana Ahli Udara Utama pada 24 hingga 26 Februari 2017 bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

Makluman program boleh didapati di bahagian Siaran atau hubungi

En. Syaiful Azlan bin Abdul Jalil
Sekretariat Pengakap Udara Negeri Sembilan
Tel :
 

15th WORLD SCOUT MOOT 2017

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement (WOSM) telah memanjangkan jemputan untuk menyertai 15th World Scout Moot 2017 pada 25 Julai hingga 2 Ogos 2017 bertempat di lceland.

Makluman program boleh didapati di bahagian Siaran. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)

Tel : 018-2789727 

Saturday, December 17, 2016

Perlantikan Ahli Majlis Pengakap Negara

Tahniah kepada Presiden Kelab Radio Amator Negeri Sembilan (NESRAC), Datuk Helmy Jaafar kerana telah dipilih sebagai ahli Majlis Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia. Semoga dengan perlantikan ini akan memartabatkan lagi pergerakkan Pengakap di Malaysia khususnya dan Negeri Sembilan amnya.

Daripada Tuan Hamdan bin Hj. Mohd Nor, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan dan seluruh warga PPMNS.

Tuesday, December 6, 2016

PERKHEMAHAN UJIAN PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2016 (UPDATE)

Tarikh :12 - 15 Dis 2016
Tempat : Kem Negeri

Akan diteruskan atas anjuran LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA PPMNS

Ekoran daripada arahan KPM dan JPNS untuk tidak memanggil guru-guru bertugas sebelum 25 Disember 2016, surat rasmi daripada JPNS tidak akan dikeluarkan untuk aktiviti di atas.

Kehadiran Pentaraf dan Calon Pra Pengakap Raja adalah atas kerelaan sendiri dan bukannya paksaan.
Tidak melibatkan guru sekolah calon untuk menguruskan kehadiran calon ke Kem Pengakap Negeri. Segala urusan adalah tangungjawab ibu bapa dan calon sendiri.

Untuk pentaraf dan pembantu yang sudi hadir secara sukarela tanpa paksaan di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga kehadiran tuan/puan akan memajukan PPMN9 di masa hadapan

Mohon respon kehadiran calon.  Untuk maklumat lanjut,

En. Aziruddin bin Abd Aziz
PENGERUSI LATIHAN
Merangkap
Setiausaha Lembaga Pentaraf PPMN9
Tel : +60 12-386 7084