Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Tuesday, April 18, 2017

PEMERHATI MUSHABAQAH TUNAS RAMADHAN 2017, ACEH, INDONESIA

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Gerakan Pramuka Kwartir Nasional lndonesia telah memanjangkan jemputan Kwartir Daerah Gerakan Pramuka Aceh sebagai pemerhati semasa Mushabaqah Tunas Ramadhan 2017 yang akan berlansung pada 7 hingga 12 Jun 2017 bertempat di Tapak Tuan, Aceh Selatan, lndonesia.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

KHEMAH BUDAYA NASIONAL 2017

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik lndonesia dengan kerjasama Gerakan Pramuka, Kwartir Nasional lndonesia telah memanjangkan jemputan menyertai Khemah Budaya Nasional (The National Scout Culture Camp 2017) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17 hingga 22 Julai 2017
Tempat : Palangkaraya City, Central Borneo, lndonesia.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

Wednesday, April 12, 2017

PERKHEMAHAN UJIAN PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA DAN UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Perkhemahan Ujian Pentarafan Pengakap Raja dan Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2017 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh :  11-13 Mei 2017 ( Khamis - Sabtu )
Tempat :  Kem Pengakap Negeri Sembilan, Seremban
Masa :  8.00 pagi ( Pentaraf, Pembantu Pentaraf dan Urusetia )
             2.00 petang ( Calon Pentarafan )

Maklumat lanjut boleh didapati di bahagian Siaran atau menghubungi

Tuan Khairul Nizam bin Jamalludin
Setiausaha Program
013-6111047

Monday, April 10, 2017

KURSUS MANIKAYU PERINGKAT SATU 2017

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan menganjurkan Kursus Manikayu Peringkat 1 bagi peserta yang terlibat dari tahun 2016 dan 2017, seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 20 - 22 April 2017
Hari: Khamis - Sabtu
Daftar: 2.00 - 4.00 ptg (20 April)
Tempat: Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus

Surat kebenaran JPNS dan senarai peserta boleh didapati di bahagian Siaran.  Maklumat lanjut, sila hubungi

Tuan Shafizan bin Shahriman
Setiausaha Latihan PPMNS
012-2043522 (melalui pm, Whatsapp, Telegram atau sms sahaja)

Thursday, March 30, 2017

11th GERAKAN PRAMUKA NATIONAL ROVER MOOT

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Gerakan Pramuka Kwartir Nasional lndonesia telah memanjangkan jemputan menyertai 11th Gerakan Pramuka National Rover Moot pada 13 hingga 21 Ogos 2017 bertempat di Cibubur Scout Camp Site, Jakarta, lndonesia.

 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

KEM PENDIDIKAN MARIN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KEENAM 2017

Dengan segala hormat dan sukacitanya, dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) melalui Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Taman Laut Malaysia akan menganjurkan secara bersama Kem Pendidikan Marin Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Keenam 2017 seperti ketetapan berikut :-

Tarikh
27 hingga 30 April 2017 (Khamis hingga Ahad)

Tempat
Pusat Taman Laut Pulau Tioman, Rompin, Pahang

Yuran penyertaan
Peserta - RM 100.00 (termasuk makanan, kit dan feri)
Pemimpin - RM 60.00 (termasuk makanan, kit dan feri) 

Tempat berkumpul
Jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Pahang 

Masa berkumpul
Jam 1.00 petang (Khamis, 27 April 2017)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

En. Mohd Amirul Asyraf bin Mohd
Pegawai Teknikal Pengakap Laut PPMNS
Tel : 013-8787365

PALINDANUWARA FRIENDSHIP INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE, MUTUGAMA SRI LANKA

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sri Lanka Scout Association dengan kerjasama Kalutara District Association telah memanjangkan jemputan menyertai Palindanuwara Friendship lntemational Scout Jamboree pada 2 hingga 9 Ogos 2017 bertempat di Baduraliya School, Matugama Sri Lanka.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi 

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)

Tel : 018-2789727