Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Wednesday, April 19, 2017

KURSUS SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY ZON TENGAH 2017

Dengan segala hormat dan sukacitanya, Jawatankuasa Messengers of Peace, Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor akan menganjurkan kursus Scout of the World Award Discovery (SWA) Zon Tengah tahun 2017.

Untuk makluman kursus ini bertujuan untuk mengalakkan lebih ramai ahli pengakap terlibat dengan kerja-kerja kesukarelaan dan kemasyarakatan dalam kumpulan pengakap masing-masing. Melalui kursus ini, setiap peserta akan mendapat passport SWA dan penerangan tentang pelaksanaan program SWA sehingga berjaya mendapatkan anugerah berkenaan.

Kursus ini akan dijalankan secara sepenuh masa dan hanya mereka yang memenuhi syarat yang ditetapkan sepanjang kursus akan dianugerahkan Sijil SWA Discovery. Butiran kursus adalah seperti berikut:

Tarikh kursus
5 hingga 7 Mei 2017

Lapor Diri
5 Mei 2017 jam 2.30 petang (Jumaat)

Lokasi kursus
Dewan Masyarakat, Taman Melawati Jaya,
Kuala Selangor

Bayaran kursus
RM 130.00 sahaja

Syarat penyertaan
Berumur 16 hingga 24 tahun

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn Abdul Rahim bin Pendek
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Program)

Tel : +60 19-221 3347

Tuesday, April 18, 2017

KURSUS KOORDINATOR MESSENGERS OF PEACE (MoP) PERINGKAT KEBANGSAAN ZON TENGAH 2017

Jawatankuasa Messengers of Peace (MoP), Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan kursus seperti di atas.  Kursus ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai ahli pengakap terlibat dengan kerja-kerja kesukarelaan dan kemasyarakatan dalam memperkasakan pengakap. Kursus akan dijalankan secara sepenuh masa seperti ketetapan berikut:

Tarikh
19 - 21 Mei 2017

Lapor Diri
19 Mei 2017

Tempat
Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik
Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan

Bayaran
RM150.00

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Adha Fikris bin Mokhtar
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri - ICT/Bencana/MoP
merangkap Koordinator MoP Negeri Sembilan

Tel: 019-3425649

KURSUS PENTARAFAN PENTARAF PENGAKAP RAJA 2017

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Kursus Pentarafan Pentaraf Pengakap Raja seperti ketetapan berikut:

Tarikh Kursus
18 - 21 Mei 2017 (Khamis - Ahad)

Masa Pendaftaran
10.00 pagi - 2.30 petang (Khamis, 18 Mei 2017)
(Calon yang lewat melapor diri pada masa yang ditetapkan, pencalonan akan ditolak)

Tempat Kursus
Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort
Jalan Sungai Lalang, Semenyih

Yuran Kursus
RM200.00 seorang
(termasuk makan/minum, penginapan dan bahan kursus)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

En. Aziruddin bin Abd Aziz
Pengerusi Pasukan Latihan PPMNS
Tel : +60 12-386 7084

6TH ROMANIA SCOUTS JAMBOREE 2017 - ROJAM2017

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Romania Scouts Association telah memanjangkan jemputan menyertai 6th Romania Scouts Jamboree - ROJAM 2017 pada 4 hingga 15 August 2017 bertempat di Christian, Jud Brasov, Romania.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

PEMERHATI MUSHABAQAH TUNAS RAMADHAN 2017, ACEH, INDONESIA

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Gerakan Pramuka Kwartir Nasional lndonesia telah memanjangkan jemputan Kwartir Daerah Gerakan Pramuka Aceh sebagai pemerhati semasa Mushabaqah Tunas Ramadhan 2017 yang akan berlansung pada 7 hingga 12 Jun 2017 bertempat di Tapak Tuan, Aceh Selatan, lndonesia.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

KHEMAH BUDAYA NASIONAL 2017

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik lndonesia dengan kerjasama Gerakan Pramuka, Kwartir Nasional lndonesia telah memanjangkan jemputan menyertai Khemah Budaya Nasional (The National Scout Culture Camp 2017) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17 hingga 22 Julai 2017
Tempat : Palangkaraya City, Central Borneo, lndonesia.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

Wednesday, April 12, 2017

PERKHEMAHAN UJIAN PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA DAN UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Perkhemahan Ujian Pentarafan Pengakap Raja dan Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2017 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh :  11-13 Mei 2017 ( Khamis - Sabtu )
Tempat :  Kem Pengakap Negeri Sembilan, Seremban
Masa :  8.00 pagi ( Pentaraf, Pembantu Pentaraf dan Urusetia )
             2.00 petang ( Calon Pentarafan )

Maklumat lanjut boleh didapati di bahagian Siaran atau menghubungi

Tuan Khairul Nizam bin Jamalludin
Setiausaha Program
013-6111047