Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Sunday, September 17, 2017

FORUM PENDIDIKAN PENGAKAP (EDUFOR) WILAYAH ASIA PASIFIK 2017

Biro Pengakap Dunia Wilayah Asia Pasifik telah memanjangkan jemputan menyertai Asia Pasific Region Scout Education Forum (EduFor) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 9 - 12 Disember 2017

Tempat : National Scout Training Center Mouchak, Gazipur, Bangladesh

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL LULUS PENGAKAP RAJA 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan mengadakan majlis Penyerahan dan Penyerahan Sijil Lulus Pengakap Raja 2017 seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 20 September 2017

Tempat : Dewan SK Senawang, Seremban

Masa : 2.30 petang

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan turut serta menganjurkan JAMBOREE DI UDARA (JOTA) KE 60 / JAMBORI DI INTERNET (JOTI) KE 21, PENGAKAP DUNIA seperti ketetapan di bawah:

Tarikh
20 - 22  Oktober 2016

Tempat
Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus, Seremban

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tuan Khairul Nizam B Jamalludin
Penyelaras Program
merangkap
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Unit Komunikasi Dan Jota Joti)

Tel : 013-6111047

INTERNATIONAL MUSLIM SCOUTS JAMBOREE 2017

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Gerakan Pramuka Indonesia melalui Pesantren Nurul Haramain NW Narmada Lombok, Nusa Tenggara Barat telah memanjangkan jemputan menyertai International Muslim Scout Jamboree 2017 Lombok pada 26 hingga 30 November 2017 bertempat di Madani Super Camp Lombok lsland, Lombok Barat- Nusa Tenggara Barat, lndonesia.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi 

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

Thursday, September 14, 2017

Kursus 'Leave no Trace' untuk Pemimpin

Sukacita dimaklumkan, Persatuan Pengakap Hong Kong telah memanjangkan jemputan menyertai kursus 'Leave No Trace' untuk Pemimpin seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 24 - 28 Disember 2017
Tempat : Hong Kong

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

Monday, May 8, 2017

JAMBOREE DI UDARA (JOTA) PENGAKAP PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan menganjurkan Jambori On The Air (JOTA) Peringkat Kebangsaan kali ke-6 pada 20 Mei 2017 (Sabtu), bermula jam 08.00 pagi hingga 05,00 petang. lni adalah sempena sambutan Hari Telekomunikasi Sedunia yang diadakan pada 17hb Mei 2017.

Bagi PPM Negeri Sembilan, JOTA akan dianjurkan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Mei 2017

Tempat Jambori : SMK Dato’ Mohd Said, Nilai

Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang

Borang dan surat siaran/pelepasan boleh didapati di bahagian Siaran atau hubungi

Tuan Khairul Nizam B Jamalludin
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Unit Komunikasi Dan Jota Joti)
merangkap Penyelaras Program 
 
Tel : 013-6111047

Wednesday, April 19, 2017

BENGKEL UNTUK MENGGUBAL SKIM LENCANA/LATIHAN ATAU KURIKULUM UNIT PENGAKAP LEBAH (BEE SCOUT) PERINGKAT KEBANGSAAN 1/2017

Sukacitanya dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) melalui Jawatankuasa Program Negara akan menganjurkan Bengkel untuk Menggubal Skim Lencana/Latihan atau Kurikulum Unit Pengakap Lebah (Bee Scout) peringkat Kebangsaan 1/2017 seperti ketetapan berikut :-

Tarikh
5, 6 dan 7 Mei 2017 (Jumaat- Ahad)

Masa melapor diri
3.00 petang - 5.30 petang (Jumaat)

Tamat Bengkel
2.00 petang (Ahad)

Tempat
Dewan Templer, Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia
Jalan Hang ebat, 50150 Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn Abdul Rahim bin Pendek
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Program)
Tel : +60 19-221 3347